#Welcome Note#

Assalam / Hi / Salam Sejahtera,

1st entry under this blog.  

Dah lama merancang untuk ada satu blog khas.  Khas untuk pejuang seperti kami.  Memperjuangkan apa ni?  Ni bukan ajak bersepanduk ramai-ramai di jalanan ya ;) 

Daripada title blog, siapa dapat meneka mungkin kita sekasut tetapi jika tidak dapat menangkap, well its good to be here.  Dapatlah kita berkongsi serba sedikit coretan atas ujian yang Allah SWT turunkan buat kami.

CKD stands for - CHRONIC KIDNEY DISEASE atau dalam Bahasa Melayu:  Kegagalan Buah Pinggang.  Ada juga disebut sebagai Renal End Stage (RES) dan pelbagai terma lain yang membawa maksud sama.  

Kenapa wujudnya blog ini?
Untuk berkongsi pelbagai kisah suka duka dalam melayari kehidupan bersama CKD ini.  Pengalaman yang diselusuri sendiri tanpa menceduk kisah orang lain.  Senyum tawa yang mengiringi kami dari hari mendapat berita duka sehinggalah hari ini.  

Saya bukanlah pesakit buah pinggang tetapi SUAMI saya ialah pesakit CKD kini hampir mencecah angka 8 tahun.  Yes, 8 years fulls of roller coaster.  Ramai sebenarnya tidak tahu my husband patient CKD.  Well, we never tell publicly.  Mana yang tahu its either from our family members or its happen to know from someone close to us.

Mungkin dengan paparan ini, dapat juga membantu sedikit sebanyak mereka yang memerlukan informasi serta pengetahuan mengenai penyakit buah pinggang.  

Its a long journey for me. Nak menyiapkan entry pun saya belum rancang lagi.  Jika ada bertanya, mengapa tidak suami saya sendiri mengemudi ruangan ini?  Let it put this way, I am much more better in write-up compared to him..Hehehe....Lagipun dia a bit old fashion.  He never explore this medium before.   
   
Sebagai permulaan, kita cipta ruangan berbicara di alam maya melalui pembacaan.  Saya faham, banyak group di laman sosial yang boleh kita berinteraksi.  I do active in few CKD Group that they created in Facebook, tapi biarlah wujud di sini.  Sekurang-kurangnya ianya menjadi kenangan buat kami suatu hari nanti.

Mungkin akan ada entri yang menyinggung perasaan keluarga terdekat, rakan-rakan, mahupun pesakit CKD tapi percayalah itu bukan niat sebenar.  Apa dikongsikan pengakuan jujur tanpa mahu meraih simpati mana-mana pihak.  Kadang-kadang berlaku jujur itu menyakitkan, betul tak?

Apa pun, sebagai penulis saya tahu niat asal kerana kehidupan bukan sentiasa indah dan kami hidup bukan untuk dipuji dan tidak akan pernah mati dek keji.  Allah SWT tahu segala niat disebalik paparan. 

Segala yang baik datang daripadaNya, yang buruk itu daripada kami insan kerdil di atas muka bumi. 



  


Comments